Ekonomi jangka pendek dijangka kekal berada di landasan pemulihan -NSTP/Aswadi Alias

PUTRAJAYA: Indeks Pelopor (IP) negara bagi bulan Mac 2022 terus menunjukkan arah aliran menaik dengan mencapai 111.3 mata berbanding 110.9 mata pada Februari 2022, peningkatan sebanyak 0.4 peratus.

IP adalah alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan atau penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata kenaikan itu disokong terutama oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (0.3 peratus) dan bilangan syarikat baru didaftar (0.3 peratus).

“Namun begitu, IP tahun ke tahun menurun kepada negatif 1.5 peratus pada Mac 2022 terutama disebabkan oleh kejatuhan dalam import benar logam asas berharga & logam bukan ferus lain.

“Analisis lanjut daripada perspektif hala tuju menunjukkan bahawa ekonomi jangka pendek dijangka kekal berada di landasan pemulihan.

“Meskipun demikian, kenaikan harga komoditi berikutan konflik global yang berlarutan menyebabkan kemerosotan lanjut dalam kuasa beli untuk mencapai pemulihan yang lancar dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut Mohd Uzir berkata, prestasi Indeks Serentak (IS) meningkat sebanyak 3.1 peratus kepada 117.9 mata pada Mac 2022, berbanding 114.3 mata pada bulan sama tahun lalu, mencerminkan aktiviti ekonomi yang menggalakkan pada bulan yang sama 2021.

“Perbandingan bulan ke bulan IS mencatatkan peningkatan sebanyak 1.4 peratus.

“Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan signifikan dalam kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (0.7 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.4 peratus),” katanya.

Runto Marketing Sdn Bhd

Business Registration No. (1311081-P)

KPKT Registration No. (WL7227/10/01-2/310523)

No. 8-1, Jalan Cemerlang 1A,

Pusat Perdagangan Banting,

42700 Banting, Selangor.