U.S. dollar banknotes are displayed in this illustration taken, February 14, 2022. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration

HONG KONG: Dolar Amerika Syarikat (AS) memulakan minggu ini melepasi paras tertinggi 20 tahun, selepas pelabur memilih aset selamat susulan kebimbangan berhubung pertumbuhan global.

Indeks dolar berada pada 104.54, selepas melepasi paras 105 pada Jumaat, tertinggi sejak Disember 2002, selepas mencatat kenaikan enam minggu berturut-turut.

Pelabur berpusu-pusu memilih mata wang selamat berikutan kebimbangan terhadap keupayaan Rizab Persekutuan (Fed) AS untuk mengurangkan inflasi tanpa menyebabkan kemelesetan, selain wujud kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan yang wujud daripada krisis Ukraine serta kesan ekonomi daripada dasar sifar COVID-19 China.

“Pengukuhan dolar AS secara meluas disokong oleh kebimbangan yang semakin meningkat dalam pertumbuhan global,” kata penganalisis Barclays.

Pasaran menetapkan kenaikan kadar faedah 50 mata asas pada dua mesyuarat Fed seterusnya, menurut Fedwatch CME, tetapi dengan kemungkinan peningkatan yang lebih besar.

Data runcit dan pengeluaran China yang dikeluarkan lewat hari ini juga menjadi agenda utama.

“Tinjauan pertumbuhan yang lebih lemah di China berkemungkinan mengekalkan mata wang komoditi G10 di bawah tekanan dan sokongan dolar AS,” kata Barclays.

Mata wang euro memulakan minggu ini dengan kemerosotan menghampiri paras terendah sejak awal 2017, terjejas dengan pengukuhan dolar AS dan disebabkan ekonomi Eropah terdedah dengan konflik di Ukraine.

Ia berada pada AS$1.0398, hanya melepasi paras AS$1.0354 yang dicapai pada Khamis, terendah sejak awal 2017.

Terdapat juga banyak kenyataan daripada pegawai Bank Pusat Eropah minggu ini untuk diperhatikan pelabur.

Pound sterling, yang terjejas bersama-sama dengan euro, berada pada AS$1.2256, susut serendah AS$1.2156 minggu lalu, terjejas oleh angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama yang lebih lemah daripada jangkaan.

Pada minggu akan datang, Britain akan mengumumkan data pasaran buruh, inflasi dan data keyakinan pengguna.

Yen lemah sedikit kepada 129.43 yen bagi setiap dolar AS.

Minggu lalu ia berjaya mencatatkan keuntungan minggu pertama sejak awal Mac, disebabkan kebimbangan pertumbuhan hasil Perbendaharaan AS yang menghentikan pergerakan yang lebih tinggi.

-Reuters

Runto Marketing Sdn Bhd

Business Registration No. (1311081-P)

KPKT Registration No. (WL7227/10/01-2/310523)

No. 8-1, Jalan Cemerlang 1A,

Pusat Perdagangan Banting,

42700 Banting, Selangor.