Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini.
“Secara keseluruhan, nilai BPR sehingga hujung tahun ialah wang tunai RM4.9 bilion,” katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bagi memastikan rakyat mendapat bantuan hingga hujung tahun ini, Muhyiddin berkata, pemberian Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan diberikan mengikut kadar tertentu kepada golongan B40 dan M40.
Beliau berkata, isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan wang tunai RM500 sebanyak dua kali, iaitu Ogos dan November, serta RM300 pada Disember.
“Individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima bantuan wang tunai RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.
“Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak wang tunai RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember, manakala golongan bujang B40 bakal menerima RM200 pada Ogos.
“Golongan isi rumah M40 tidak dilupakan, justeru mereka akan menikmati bantuan wang tunai RM250, manakala bujang dalam kelompok ini akan menerima RM100 pada Ogos nanti.
“Secara keseluruhan, pemberian khas BKC ini dijangka memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan sebanyak wang tunai RM4.6 bilion,” katanya.
Runto Marketing Sdn Bhd
Business Registration No. (1311081-P)
KPKT Registration No. (WL7227/10/01-2/310523)
No. 8-1, Jalan Cemerlang 1A,
Pusat Perdagangan Banting,
42700 Banting, Selangor.
GET IN TOUCH
PRODUCTS
Personal Loan
Ride & Drive Coverage Loan
SME Loan Financing
RUNTO Cash Financing
Grant Funding Program
Multipurpose Financing
Micro SME Loan Financing