Sama ada anda seorang peniaga atau pekerja, keperluan untuk memiliki wang akan sentiasa ada. Pendapatan tetap anda akan membantu dalam menyelesaikan bayaran berulang dan perbelanjaan harian.
Tetapi, akan ada ‘keperluan’ lain yang anda inginkan namun memerlukan jumlah wang yang tinggi. Kemampuan menjadi masalah kerana wang yang dimiliki atau simpanan tidak boleh membayar keperluan yang sekali ini. Bagi situasi sebegini pinjaman peribadi adalah salah satu penyelesaian untuk kekangan kewangan tersebut.
1. Adakah memang ‘Perlu’ Meminjam?
Perlu ada sebab yang munasabah untuk mohon pinjaman peribadi, sama ada untuk mengubah suai rumah, beli kereta, mula atau kembangkan perniagaan, pendidikan, perubatan ataupun perkahwinan.
Sebelum membuat keputusan untuk meminjam, fikirkan jika anda boleh memperoleh dana dengan menyimpan wang. Dengan simpanan, jumlah pinjaman juga dapat dikurangkan. Pinjaman peribadi pula boleh digunakan untuk menampung kekurangan dan melengkapkan perbelanjaan yang anda perlukan.
Anda juga perlu pertimbangkan pinjaman peribadi yang anda ingin ambil itu adalah hutang baik atau hutang buruk Adakah pinjaman tersebut akan memberikan pulangan atau pendapatan jangka masa panjang untuk anda? Mengambil pinjaman peribadi adalah komitmen yang anda akan dipertanggungjawabkan, ini bagi memastikan pinjaman tersebut mempunyai kepentingan dan akan bantu anda dalam jangka masa yang panjang.
Perbelanjaan yang tidak diduga boleh menjadi faktor yang menyebabkan keperluan untuk mohon pinjaman peribadi. Anda mungkin tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk mengambil pinjaman peribadi bagi menampung kos perubatan, pembedahan dan perkara kecemasan lain yang tidak dijangka. Pinjaman peribadi boleh menjadi bekalan kewangan yang anda boleh harapkan sewaktu benar-benar memerlukan. Yang penting pendapatan bulanan anda mampu menanggung ansuran bulanan.
2. Adakah Kedudukan Kewangan Anda akan Diperbaiki?
Ramai sudah terjerat dalam perangkap hutang. Kekangan wang atau hutang menggunung adalah perkara yang sukar untuk diatasi. Segelintir individu akan mengambil tindakan untuk memperbaiki kedudukan kewangan mereka. Sementara pandangan umum mengenai pinjaman peribadi akan menambahkan beban kewangan, tetapi pinjaman peribadi yang baik sebenarnya boleh memperbaiki aliran tunai dan kedudukan kewangan.
Kad kredit merupakan punca utama pengumpulan hutang. Sesuatu yang dipanggil ‘plastik’ ini memberikan gambaran kuasa membeli tetapi sebenarnya membawa pengguna kepada kedudukan kewangan yang huru hara. Anda akan berdepan dengan masalah kewangan apabila perlu membayar hutang kad kredit yang tinggi (biasanya pada kadar 18% setahun). Untuk menyelesaikan masalah tersebut, hutang kad kredit boleh diselesaikan menggunakan pinjaman peribadi yang mempunyai kadar faedah lebih rendah.
Anda juga boleh menggunakan teknik yang sama untuk hutang yang lain, terutamanya hutang yang banyak dengan menyatukan semua pinjaman ke dalam satu pinjaman, di mana anda boleh memperoleh penjimatan dalam kadar faedah.
3. Tentukan Keperluan Tunai dan Kemampuan Anda
Apabila anda sudah memperoleh sebab untuk meminjam, maka anda perlu tentukan kelayakan tunai untuk mengelak pinjaman yang melebihi jumlah yang diperlukan. Adalah penting untuk menilai jumlah bayaran balik bulanan yang anda mampu berdasarkan aliran pendapatan.
Sebagai panduan umum, komitmen hutang bulanan anda tidak patut melebihi 60% daripada pendapatan bulanan. Ini adalah perkara penting kerana ini membantu anda selaraskan jumlah pinjaman mengikut kemampuan. Perkara ini juga akan menentukan tempoh untuk anda selesaikan pinjaman tersebut.
Selain itu, mengekalkan 40% daripada pinjaman bulanan akan memberi anda pendapatan yang mencukupi untuk keperluan asas dan perbelanjaan lazim yang lain. Peminjam bijak tidak akan meminjam melebihi kemampuan ataupun mengambil pinjaman peribadi yang akan memudaratkan kedudukan kewangan.
Artikel ini disediakan oleh Runto Marketing Sdn Bhd, sebuah platform pinjaman peribadi dalam talian yang membawa misi untuk memberikan pinjaman mudah, selamat dan berpatutan untuk semua individu yang bekerja keras. Kami bantu peminjam untuk cari, mohon dan peroleh pinjaman yang sesuai dengan mereka. Perkhidmatan kami adalah 100% percuma.
Runto Marketing Sdn Bhd
Business Registration No. (1311081-P)
KPKT Registration No. (WL7227/10/01-2/310523)
No. 8-1, Jalan Cemerlang 1A,
Pusat Perdagangan Banting,
42700 Banting, Selangor.
GET IN TOUCH
PRODUCTS
Personal Loan
Ride & Drive Coverage Loan
SME Loan Financing
RUNTO Cash Financing
Grant Funding Program
Multipurpose Financing
Micro SME Loan Financing